PRINSIP ORGANISASI REKA BENTUK KURIKULUM


 

KESINAMBUNGAN

👉Pemeringkatan ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu dikuasai murid-murid sejajar dengan pertumbuhan fizikal dan perkembangan mental seiring dengan peningkatan usia mereka.

👉Kurikulum yang sempurna mempunyai kesinambungan yang lancar.

👉Objektif kandungan hendaklah sentiasa diulang dan didedahkan secara berterusan.


URUTAN

👉Jumlah timbun-tambah ilmu, kemahiran dan nilai yang dibina menerusi pembelajaran yang dilaksanakan merentas masa.

👉Menyarankan pembelajaran yang berterusan dan berturutan berdasarkan pengalaman lalu agar pelajar berpeluang mempelajari sesuatu yang lebih dekat, meluas dan mendalam.


INTEGRASI

👉Pengalaman pembelajaran perlu dihubungkaitkan supaya pembelajaran lebih bermakna dan menyeluruh.

👉Bahasa, ilmu, kemahiran, nilai, teknologi, inovasi, kreatif dan keusahawanan.


SKOP

👉Keluasan dan kedalaman kendungan yang perlu dimuatkan dalam sesuatu kurikulum pengajaran.

👉Tahap pendidikan yang membolehkan setiap murid menguasai kandungan mengikut tahap-tahap pendidikan dan kognitif.


IMBANGAN

👉Kadar agihan, kepadatan muatan dan kesesuaian dengan masa  pembelajaran yang diperuntukkan kepada pelajar untuk menguasainya.



No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Selamat Datang

  Assalamualaikum.. Hai,  Selamat Datang  ke blog kami.. Kami akan berkongsi kepada anda banyak ilmu menarik mengenai Pengurusan Kurikulum d...